Wednesday, 29 April 2015

TEKNIK PUKULAN TANPA BAYANG

         Assalammualaikum semua.. kali ini teknik pukulan tanpa bayang pula ye.. Pernah tak kita main lawan pedang dengan budak kecil umur dalam 3-4 tahun, kalau perasan masa dia menghayun pedang  1,2,3 kadang-kadang terhayun ke kepala kita. Masa tu mula tersedar bila pulak budak ni belajar dengan Miyamoto Musashi??? Takda nya budak tu nak belajar dengan Musashi yang dah lama mati tu, Musashi tu yang guna teknik yang sama macam budak tu, percaya tak? Musashi guna teknik yang tidak duga.

       Nama teknik tanpa bayang ini terkenal disebabkan pengaruh watak Wong Fei-hung dalam cerita Once Upon a Time in China membawa teknik tendangan tanpa bayang (Shadowless Kick). Teknik pukulan dan tendangan atau serangan tanpa bayang ciri-cirinya ialah serangan yang langsung tidak diduga. Tangan sibuk menumbuk tiba-tiba kaki sampai, kaki sibuk menendang alih-alih penampar sampai, memang terbayang-bayang masa kena penampar tu. Ini merupakan teknik serangan yang licik.



Shadowless Kick/No Shadow Kick






‘Shadow Above, Strike Below
‘Shadow Above, Strike Below
         Untuk melakukan pukulan dan tendangan tanpa bayang ini memerlukan latihan ketangkasan dan kecepatan dan kawalan emosi yang mantap. Selagi serangan kita itu lawan boleh agak dan sambut dikira bukan serangan tanpa bayang. Kalau masa berlawan emosi serabut dengan marah lupakan saja pasal serangan ini. Boleh juga serangan ini dikatakan macam pukul curi. Dalam silat banyak juga sebenarnya serangan tanpa bayang cuma nama saja lain. Dalam Silat Sendeng banyak menggunakan konsep serangan ini. Untuk berhadapan dengan lawan yang menggunakan teknik ini kena sentiasa peka semasa berlawan jangan terpedaya dengan serangan bayang. Ha.. dekat sini nak cerita biasanya serangan tanpa bayang memerlukan bantuan teknik lain iaitu teknik serangan bayang, tanpa teknik serangan bayang serangan tanpa bayang agak mustahil dilaksanakan.

      Bersambung....

** TEKNIK PALSU SEMASA LATIHAN. AKAN DATANG**
‘Shadow Above, Strike Below
‘Shadow Above, Strike Below’
‘Shadow Above, Strike Below’
  
‘Shadow Above, Strike Below’"Bayang-bayang di atas, menyerang di bawah"
‘Shadow Above, Strike Below

Monday, 27 April 2015

SENI SILAT LINTANG-PUKANG

       Seni Silat Lintang-Pukang bukanlah satu seni atau sejenis silat, ianya lebih kepada gerakan luar kawalan dalam erti kata lain hilang kewarasan dan kesimbangan metal ketika berlawan. Kami pernah ditanya oleh seorang kanak ketika melihat perlawanan gusti di kaca televisyen "ni lawan ke gaduh?"
Lawan dan gaduh pada perbuatanya nampak sama yang membezakannya ialah emosi semasa berhadapan dengan lawan. Gaduh lebih beremosi kerana dendam yang tersemat didalam dada, boleh jadi pada mulanya berlawan ditengah-tengahnya pergaduhan, kita boleh kenal pada corak perlawanan tersebut. Gerak bergaduh lebih lintang-pukang dari gerak berlawan.

     Mengawal emosi ketika berlawan teramatlah penting, jika tidak dikawal lintang-pukang ke longkanglah jawapnya. Apabila kewarasan atau mental tidak stabil kita membuka ruang kepada lawan untuk mencatur gerak langkah kita. Lawan yang bijak sengaja mencetuskan kemarahan, ini salah satu taktik untuk menumpaskan lawan. Apabila ketenangan sudah hilang, nafas mulai tidak teratur boleh dilihat riak dada yang berombak, berbeza dengan riak dada yang diakibatkan oleh kepenatan. Tidak hairanlah kalau kita lihat ada yang meludah atau buat sesuatu yang kurang ajar ketika berlawan, ini bertujuan untuk menggangu tahap emosi kita. Teringat kisah Miyamoto Musashi ketika berlawan dengan salah seorang samurai terhebat pada zamannya. Taktik yang Musashi gunakan ialah datang lewat dari waktu yang dijanjikan untuk berlawan. Lawan kepada Musashi memang seorang yang suka bermeditasi dan menenagkan diri dan Musashi tahu akan kelebihan lawan tersebut maka dia sengaja membuat lawannya marah dengan datang lewat, dia tahu perangai pendekar-pendekar Jepun pantang mungkir janji. Sebenarnya pendekar Jepun tersebut telah tewas dari awal lagi sebelum Musashi tiba.

Musashi ts pic.jpg
Miyamoto Musashi, Pendekar Jepun yang terkenal dengan pedang kayu nya dan permainan pedang berkembar.

** NANTIKAN... TEKNIK PUKULAN TANPA BAYANG.**





SILAP SILAT . "Ehh.. Dub.. Dabb.." Akibat tersilap langkah.

       Setiap langkah diatur dengan baik semasa sesi latihan, bunga yang cukup menawan, gerakan mengelak yang sempurna apatah lagi buah pukulnya yang padu, ditambah dengan buah potong, gelek, kilas, lompat, terkam, kunci, segala-galanya mencerminkan aksi yang mantap seperti aksi di peti televisyen dan Youtube. Tahukah kita kebanyakan ahli-ahli silat bila menghadapi situasi sebenar berlawan, indah khabar dari rupa. Gerakan mengelak yang sempurna jadi senget, buah pukul yang padu jadi longgar, potong, kilas, lompat, terkam, kunci, segala-galanya tidak menjadi akhirnya tewas macam itu saja, kalau tewas macam itu saja tidak apa yang memalukan silat dikutuk sekurang-kurangnya akan dapat "penat-penat belajar silat, last-last cowboy jugak". Bila tidak puas hati balik berlatih lagi kononya hendak mantapkan lagi silat, bila diajak berlawan lagi pisang berbuah dua kali. Agak-agaknya mana perginya kehandalan masa berlatih silat tu? Mungkin kita hebat bila berada dalam kelompok kita saja ke? Dalam ilmu persilatan semua kaedah bertempur telah diajar lengkap, kalau tidak lengkap tidaklah boleh digelar ilmu persilatan. Guru-guru sudah dirujuk tapi hasilnya tetap sama, mungkin silap soalan yang ditanya, ataupun tanya lain jawap lain atau yang lagi teruk guru halang dari bertanya.

        Perasankah kita kebanyakan gerak dalam silat asalnya gerak bersenjata atau perasankah kita posisi serangan yang diajar semasa latihan mengelak dan kilas ialah serangan yang pelik dan tidak logik yang jarang diguna orang dan sedarkah kita rata-rata teknik yang diajar terputus-putus. Perkara begini tidak berlaku pada semua pengamal silat tetapi pada kebanyakan pengamal silat. Yang kami ceritakan disini pada sisi kebanyakan pengamal silat gagal menghadapi situasi sebenar akibat sistem pembelajaran (latihan) yang salah, serta pengamal silat tidak cuba memahami konsep pada teknik yang dipelajari, bak kata orang kita belajar secara buta tuli, ikut-ikut, tidak cuba mengkaji. Pada pandangan kami teknik dalam silat pada asalnya tidaklah kaku, tapi yang buat kaku bila tidak cuba memahami konsep pada satu-satu gerak tu. Contohnya bila guru ajar menerima serangan A jawap dengan gerak 1,2,3. Bila terima serangan B jawap dengan gerak 4,5,6. Katakan yang menyerang tu buat serangan A+B mungkin persilat jawap dengan gerak 1,5,3,4. Tapi dalam situasi sebenar kemungkinan besar gerakan serangan A sampai Z tidak digunakan, bagi persilat yang jumud jadilah seperti apa yang diceritakan awal-awal tadi. Tapi bagi yang memahami konsep dia akan cuba sesuaikan dengan keadaan, jika tidak sesuai juga dia akan buat gerak baru yang lebih praktikal berasaskan konsep yang diketahui semasa belajar silat. Tidak semistinya bila kita belajar silat semasa pertempuran sebenar misti hendak guna gerak silat juga.


 


          
















Gambar Hiasan. Pinjam dari abdulrahman.bojeng.com

      Dalam silat atau mana-mana bela diri di dunia ini ada memiliki gerakan yang pelik dan rumit, susah nak dilakukan yang memerlukan latihan yang khusus dan tumpuan yang penuh, akhirnya masa berlawan tidak boleh hendak guna langsung. Kami gelar gerakan fantasi , gerakan yang indah dan hebat tetapi tidak praktikal. Bisanya gerakan fantasi ini menjadi teknik masterpiece untuk satu aliran silat itu. Selain itu para pengamal silat selalu melatih teknik tetapi tidak melatih badan, banyak berlatih tumbuk angin berbanding tumbuk punching bag, guni beras, batang pisang dan sebagainya. Hebat mana pun tumbukan kita kalau berlatih dengan menumbuk angin masih tidak setanding dengan kekuatan tumbukan biasa orang yang biasa menumbuk punching bag. Sehebat mana kita berlatih berlawan dengan bayang, tidak setanding latihan orang yang biasa berlatih dengan orang sebenar.
     Ilmu persilatan merupakan ilmu pertahankan diri dan pertempuran yang hebat antara yang tertua didunia, pernah melalui zaman peperangan menentang penjajah dan terbukti kehebatannya seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Bahaman, Tok Janggut, Syed Zainal al – Attas, Kiyai Salleh dan ramai lagi pahlawan yang hebat membuktikan keunggulan silat.
      Akhir kalam janganlah jumud semasa bersilat dan jangan taksub pada satu-satu perguruan. Carilah mana yang belum diketahui, buka fikiran lapangkan dada.
Ilmu gerak silat sangat luas, tidak ada pada tempat lain ada pada diri kamu itu.

* Kami tidak merendahkan mana-mana perguruan cuma pada kesilapan dalam memahami ilmu dan mengmalkannya itu saja.

** Seni Silat Lintang-... AKAN DATANG..**